fbpx

Lelaki OKU maut, dua beranak cedera motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah motosikal yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Rawai - Padang Limau Nipis berhampiran Kampung Bukit Damai, Marang, semalam.

MARANG – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut manakala dua beranak cedera setelah dua motosikal dinaiki mereka bertembung di Jalan Rawai – Padang Limau Nipis berhampiran Kampung Bukit Damai, di sini malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 9.45 malam itu, mangsa, Mohd. Azman Mat Salleh, 43, yang kudung kaki tangan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Dua lagi mangsa iaitu Mohamad Zulkifli Suparman, 32, dan anak perempuannya, Nur Ameena Sofia, 4, yang menaiki sebuah lagi motosikal pula cedera.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaktu kejadian, sewaktu kejadian, Mohd. Azman yang menunggang motosikal jenis Honda Dash 125 dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Limau Nipis, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaikinya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Ia kemudiannya bertembung dengan motosikal Yamaha LC135 yang dinaiki Mohamad Zulkifli bersama anaknya,” katanya, di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, impak kemalangan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak dari motosikal masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI