Penampilan ahli kumpulan Blackpink, Jennie dalam drama baharu, The Idol mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen Korea Selatan.
Mereka mempersoalkan kewajaran aksinya itu yang disifatkan provokatif dan melampau.
Terdapat sebahagian besar netizen yang menyatakan ketidakselesaan dan kebimbangan terhadap babak yang dipamerkan.
Bagaimanapun, netizen lebih menuai kecaman dan kritikan ke arah naskhah itu sendiri kerana tidak memikirkan impak yang berlaku ke atas idola pujaan mereka selepas drama tersebut ditayangkan.
“Bukankah ini sudah melampau? Apakah tujuan dan fikiran penerbit drama? dan Jennie hanya mengikut sahaja arahan pengarah tanpa berfikir panjang kesannya?” komen seorang netizen.
“Saya pasti itu adalah kehendak pengarah, Jennie nampak tidak selesa dan seolah terpaksa melakukan aksi melampau tersebut, saya sebagai peminat Jennie kecewa,” demikian komen seorang peminat.