fbpx

Jangan anggap UMNO ‘mengkarung’ politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, WTC, KL, hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO bukan ‘mengkarung’ politik yang sanggup menyertai kerjasama politik dan menghakis kedudukan Islam, Melayu serta bumiputera.

Menurut beliau, parti tersebut tetap mempertahankan empat perkara berkaitan Islam, Melayu, institusi diraja dan bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Berbeza dengan golongan yang sanggup memperdagangkan ayat Allah dan berselindung di sebalik kepentingan politik sempit mereka. Dalam soal Melayu, kita mendengar fatwa politik tentang assabiyah. Kini merekalah kononnya penyelamat Islam dan Melayu.

“Dalam soal hudud, kita pernah dikafirkan dan kemudian atas kepentingan kerakusan politik mereka, disebut pula hudud bukan keutamaan. Semasa mereka berada dalam kerajaan, mana perginya agenda rang undang-undang (RUU) 355?

“Mereka adalah mengkarung politik yang bukan sahaja berubah warna dan wajah, tetapi lebih dahsyat parti ini seolah-olah menjadi pemegang neraca di ‘yaumul mahsyar’. Nauzubillah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI