fbpx

Anwar tak kekok nyanyi lagu UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (empat dari kiri) ketika menyanyikan lagu UMNO, hari ini - FACEBOOK UMNO ONLINE

PETALING JAYA – Biarpun sudah 25 tahun tidak bersama UMNO, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian ramai hari ini apabila beliau dilihat tidak kekok menyanyikan lagu keramat parti itu ‘Bersatu, Bersedia, Berkhidmat’.

Anwar ketika hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU2023) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, tampil bersemangat dalam nyanyiannya bersama-sama para perwakilan yang lain sambil mengibarkan bendera Sang Saka Bangsa.

Menerusi beberapa rakaman yang dikongsikan di media sosial, ramai memuji semangat Anwar dalam memeriahkan suasana PAU2023 meskipun berada di bawah parti berbeza.

“Hebatlah PM kita, dah bertahun tinggal UMNO, masih bersemangat nyanyi lagi keramat itu, tak kesah la parti apa sekarang, janji sama-sama di bawah Kerajaan Perpaduan,” kata Syukri.

“Ini baru betul, tak lupa asal usul,” komen Zamri dengan ringkas.

Terdahulu, Anwar memaklumkan kehadiran beliau ke perhimpunan itu buat julung kalinya selepas 25 tahun kerana mahu menyempurnakan tugas kepada negara.

Katanya, beliau selesa untuk hadir PAU2023 kerana biasa dengan suasana parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI