fbpx

Wanita besarkan lima anak selepas suami ‘pergi’ akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marizati bersama anaknya melihat gambar kenangan keluarga ketika arwah suaminya masih hidup.

REMBAU – Seorang ibu tunggal kini tabah meneruskan hidup dan memikul amanah untuk membesarkan lima anak yang masih bersekolah setelah kematian suami akibat kanser usus, Mac lalu.

Marizati Hamdan, 38, berkata, dia kini baru mula bekerja sejak 1 Jun lalu dengan mengambil upah harian sebanyak RM150 bagi menjaga seorang warga emas di Port Dickson pada hari bekerja.

Menurutnya, selain upah itu, dia juga menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anak-anaknya yang diterima sejak suaminya menghidap kanser tahun 2020 dan bantuan terbaharu daripada Baitulmal.

“Kini, selepas kematian suami, saya hanya fikirkan masa depan anak-anak yang berusia enam hingga 18 tahun.

“Alhamdulillah, walaupun suami hanya bekerja sebagai pemandu teksi, arwah tidak me­ninggalkan hutang selain hutang pinjaman Mara semasa belajar yang sudah pun berbaki ratusan ringgit.

“Rakan-rakan arwah, keluarga dan jiran juga banyak membantu, cuma saya harus kuat dan mula mencari kerja tetap bagi meneruskan hidup,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Pedas Indah, di sini kelmarin.

Ujarnya, dia yang berkahwin pada usia muda ketika berusia 19 tahun tidak pernah bekerja di luar serta menguruskan pembayaran bil kerana tanggungjawab itu dilakukan oleh arwah suami.

“Namun, kini saya harus ubah kebiasaan saya dan keluar be­kerja,” ujarnya.

Ketika ini, apa yang dibimbanginya apabila anak lelaki bongsunya mengalami trauma atas kematian suaminya.

“Pada mulanya saya tidak pe­rasan, namun ada satu hari saya sampai di rumah sekitar pukul 8 malam selepas bekerja, anak menangis kerana bimbang saya akan meninggalkannya sama seperti arwah suami.

“Sekarang mereka mendapatkan sokongan emosi dan mental daripada National Canser So­ciety Malaysia yang memberikan kaunseling kepada keluarga pesakit kanser,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI