fbpx

Terkejut dapat panggilan mayat anak terapung di Sungai Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norizan menunjukkan gambar arwah Wan Muhammad Zulfazli yang ditemui lemas di Sungai Kelantan dekat Kampung Surau Kota, Kota Bharu semalam. Foto oleh ROHANA MOHD.NAWI/KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang ibu tidak menyangka anaknya maut dalam menyayat hati apabila mayatnya dijumpai terapung di tebing Sungai Kelantan berdekatan Kampung Surau Kota di sini semalam.

Norizan Setapa, 56, berkata, anaknya, Wan Muhammad Zulfakri Wan Mohd. Zulki, 31, pulang ke rumah pada Jumaat minggu lalu selepas tinggal bersama abang sulungnya di Johor Bahru.

Menurutnya, arwah sebelum ini tinggal di Johor selama dua bulan untuk mencari pekerjaan di sana selepas berhenti kerja di Kota Bharu.

“Saya dan keluarga pergi ke Johor baru-baru ini untuk menjenguknya sambil menziarah anak sulung dan cucu. Saya ajak dia pulang ke kampung. Pada awalnya dia enggan sebelum mengubah keputusan.

“Arwah baru beberapa hari pulang ke rumah sebelum kami menerima panggilan telefon memaklumkan mayat Zulfakri dijumpai di tebing Sungai Kelantan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pendek di sini hari ini.

Norizan memberitahu, dia diarahkan polis untuk hadir ke Balai Polis Nilam Puri di sini untuk membuat pengesahan sebelum ke Hospital Raja Perempuan Zainab II bagi menuntut jenazah anaknya.

Menurutnya, jenazah mangsa berada dalam keadaan baik dan hasil bedah siasat mengesahkan pemuda itu meninggal dunia akibat lemas.

“Sebelum Zulfakri dijumpai lemas, dia keluar rumah pada sebelah pagi. Dia tidak memaklumkan kepada saya sebelum itu.

“Saya syak dia keluar bersama rakan-rakan dengan motosikal kerana keretanya ditinggalkan di rumah. Mungkin dia terjatuh dalam sungai semasa melihat penduduk memancing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan penemuan mayat tersebut.

Kosmo Online! semalam melaporkan seorang pemancing terkejut apabila melihat mayat lelaki terapung ketika memancing udang di tebing Sungai Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI