fbpx

Teman wanita trauma dibelasah pemain bola sepak terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kecederaan yang dimuat naik di akaun Instagram wanita tersebut selepas didakwa dipukul teman lelakinya, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Teman wanita bekas pemain bola sepak kebangsaan mendakwa dirinya dicederakan oleh kekasihnya di sebuah hotel, di daerah ini, baru-baru ini.

Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang wanita di akaun Instagram, yang memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan tangannya cedera dipercayai akibat pergelutan dengan teman lelakinya itu.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu turut memaklumkan satu laporan polis sudah dibuat selepas mengalami kecederaan dipukul pemain pasukan bola sepak Liga Malaysia itu.

“Didera oleh lelaki yang saya cintai, dulu berjanji setia selamanya sehingga tua, tetapi akhirnya..

“Terkadang wanita boleh jadi bodoh dengan (orang) yang dia sayang, berdiam dan bertahan. Sekarang saya fobia dan trauma,” katanya menerusi hantaran Instagram

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung laporan yang diterimanya itu dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI