fbpx

SPM 2022: Anak tukang rumah raih 8A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Hawa bersama seorang lagi pelajar cemerlang, Pang Joe Wen diraikan pada pengumuman keputusan SPM 2022 di SMK Kuala Perlis, hari ini.

KUALA PERLIS – Seorang pelajar yang merupakan anak tukang rumah berjaya mencatatkan keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis, Nur Hawa Balqis Mohammad Ros, 18, yang berasal dari perkampungan nelayan Pulau Ketam, di sini bersyukur apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang itu.

“Saya berpegang kepada maksud surah al-‘Asr bahawa manusia itu dalam kerugian sekiranya tidak memanfaatkan sepenuhnya waktu yang ada menyebabkan saya berusaha untuk bangun menelaah pelajaran di tengah malam selama beberapa jam.

“Selain itu, saya juga mengamalkan surah-surah lain dalam al-Quran seperti al-Waqiah dan ar-Rahman untuk menguatkan diri dan menaikkan semangat menghadapi cabaran,” katanya ketika ditemui di SMK Kuala Perlis di sini hari ini.

Tambah anak keempat itu, timbul kesedaran dalam dirinya untuk bangkit selepas mendapat keputusan teruk dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan hanya mencatatkan 1A sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI