fbpx

SPM 2022: 10,109 calon dapat semua A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pkharuddin ketika sidang akhbar pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2022 hari ini.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seramai 10,109 daripada 373,974 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, jumlah calon cemerlang itu meningkat 2.7 peratus berbanding 9,696 calon pada SPM 2021.

Beliau berkata, seramai 75,322 calon atau 20.1 peratus pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

“Selain itu, seramai 128,193 atau 34.3 peratus memperoleh keputusan lulus manakala, 126,793 calon atau 33.9 peratus pula sekurang-kurangnya gagal satu mata pelajaran,” katanya pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2022, hari ini.

Katanya, SPM 2022 juga menunjukkan prestasi lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.74 berbanding berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya.

Pkharuddin menjelaskan, nilai GPN lebih rendah menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik, namun kementerian tidak membuat perbandingan kerana setiap calon mempunyai kekuatan masing-masing.

Dalam pada itu, jumlah calon layak dapat sijil pula meningkat kepada 91.6 peratus iaitu kali pertama mencecah lebih 90 peratus sejak 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI