fbpx

Lelaki tunjal kepala pemandu wanita disiasat tampar pekerja restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki berlagak samseng menahan dan mengasari seorang pemandu wanita.

KUANTAN – Polis Pahang membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang tular selepas mengasari pemandu wanita di Tapah, Perak kerana disyaki turut mengasari pekerja restoran di Cameron Highlands.

Lelaki berusia 29 tahun itu yang tular selepas menunjal dan memarahi mangsa di Tapah ketika menuruni Cameron Highlands difahamkan turut menampar pekerja sebuah restoran.

Tindakan itu dibuat kerana lelaki tersebut tidak puas hati apabila makanan yang dipesannya lambat diterima.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, susulan laporan yang dibuat mangsa, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Berdasarkan laporan, lelaki berkenaan masuk ke sebuah kedai makan di Cameron Highlands dan tidak berpuas hati kerana makanan lambat sampai sebelum mengasari seorang pekerja.

“Suspek masih disiasat polis Perak dan kita akan ambil keterangannya selepas itu” katanya di sini hari ini.

Hari ini, Kosmo! melaporkan lelaki yang dipercayai mengasari seorang pemandu wanita dalam insiden berhampiran pusat rekreasi Lata Iskandar, Perak direman selama tiga hari mulai semalam.

Berdasarkan rakaman video tular berdurasi 59 saat, seorang lelaki turun dari kereta Proton Persona dan mengetuk cermin kereta dipandu mangsa.

Wanita itu yang menurunkan cermin keretanya untuk berbincang dimarahi dengan kata-kata kesat sebelum lelaki yang bekerja sebagai penyelia kilang bertindak menunjal kepala mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI