fbpx

PM ucap tahniah kepada pelajar SPM 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang menerima keputusan hari ini.

“Saya ucap tahniah buat anak-anak yang menerima keputusan SPM hari ini.

“Kepada yang peroleh keputusan cemerlang, semoga ia berikan lonjakan bermakna untuk mendepani langkah seterusnya.

“Kepada yang tidak, ini bukan pengakhiran, sebaliknya harus bangkit kuat dengan tekad dan azam untuk cipta kejayaan baharu,” ujar beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, Anwar juga sempat menzahirkan rasa bangganya kepada para ibu bapa dan barisan tenaga pengajar.

“Salut saya kepada ibu bapa dan warga pendidik yang berterusan beri dukungan kepada anak bangsa kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI