fbpx

Penduduk berang jalan rosak ditampal permaidani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk mengangkat permaidani berlapiskan asfalt itu dengan mudah. - Oddity Central

NEW DELHI – Penduduk sebuah kawasan di negeri Maharashtra, India terkejut apabila mendapati jalan yang baru dibina di kampung mereka sebenarnya hanyalah permaidani dengan lapisan asfalt dicurahkan ke atasnya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Akhbar Lokmat Times melaporkan, permintaan penduduk kampung di daerah Jalna kepada wakil rakyat untuk membina semula jalan yang daif itu akhirnya ditunaikan bulan lalu.

Kegembiraan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila mereka mendapati syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut melakukan kerja yang sangat tidak amanah.

Dalam satu video yang tular di Twitter sejak minggu lalu, penduduk kelihatan mengkritik syarikat itu sambil mengangkat permaidani berlapiskan asfalt dengan mudah.

Projek itu sebahagian daripada Skim Jalan Luar Bandar oleh Perdana Menteri manakala syarikat tersebut mendakwa ia telah menggunakan teknologi canggih Jerman untuk membinanya.

Penduduk kampung menuntut tindakan diamabil terhadap kontraktor, jurutera jalan raya dan jabatan berkenaan kerana cuba memperdaya mereka dengan pembinaan jalan yang berkemungkinan besar tidak akan bertahan lama. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI