fbpx

Pemuda UMNO buat laporan polis isu Jocelyn Chia petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar persembahan komedi berdiri Jocelyn Chia yang mendapat kecaman pengguna media sosial.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO akan turun ke jalanan dan berhimpun di hadapan Kedutaan Singapura esok untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan pelawak yang juga rakyat negara itu yang menghina dan memperlekehkan Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, himpunan tersebut akan bermula pada pukul 2.30 petang dan semua pimpinan sayap terbabit diseru untuk menyertainya.

“Saya kira semalam semuanya sudah tengok satu video tular mengenai Jocelyn Chia yang menghina Malaysia. Dengan nada meremehkan, dia menistakan kita.

“Ini satu penghinaan yang tidak boleh diterima oleh Pemuda UMNO dan seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, hari ini juga, saya akan mengarahkan Exco Pemuda saya untuk membuat satu laporan polis terhadap petualang ini.

“Kita desak kerajaan Malaysia untuk mengharamkan petualang ini menjejakkan kaki ke bumi Malaysia,” katanya dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO turut akan membuat laporan polis berhubung isu pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang dijangka pada pukul 3 petang nanti. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI