fbpx

Pemain bola sepak Liga Super pukul kekasih ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pemain bola sepak profesional tempatan ditahan pihak polis untuk membantu siasatan selepas disyaki mencederakan teman wanitanya di dalam sebuah hotel, di sini, semalam.

Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun yang merupakan pemain bola sepak liga super tempatan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita tempatan berhubung berlakunya perselisihan faham dirinya bersama suspek semalam.

Katanya, laporan dibuat mangsa pada pukul 6 pagi itu memaklumkan perselisihan faham antara dirinya dan suspek berakhir dengan berlakunya beberapa kecederaan.

“Mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan dan kerosakan telefon bimbit miliknya.

“Hasil maklumat dan risikan dijalankan, suspek berjaya ditahan dalam sebuah hotel di daerah ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat dibawah seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang teman wanita bekas pemain bola sepak kebangsaan mendakwa dirinya dicederakan oleh kekasihnya di sebuah hotel di daerah ini, baru-baru ini.

Pendedahan tersebut dibuat mangsa di akaun Instagramnya dengan memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan tangannya cedera dipercayai akibat pergelutan bersama teman lelakinya itu.

Dalam hantaran tersebut, dia turut memaklumkan satu laporan polis sudah dibuat selepas mengalami kecederaan dipukul pemain pasukan bola sepak Liga Super itu.

“Didera oleh lelaki yang saya cintai, dulu berjanji setia selamanya sehingga tua, tetapi akhirnya..

“Terkadang wanita boleh jadi bodoh dengan (orang) yang dia sayang, berdiam dan bertahan. Sekarang saya fobia dan trauma,” katanya menerusi hantaran Instagram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI