fbpx

Liga Super: PDRM FC kekal status ‘pembunuh gergasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain PDRM, Mohamad Nabil Latpi meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super menentang Sabah, di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi. - Foto oleh KOSMO!/ SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) teruskan status sebagai ‘pembunuh gergasi’ Liga Super musim ini selepas berjaya menewaskan Sabah FC 1-0 pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee mempertaruhkan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan pemain bintang seperti Park Tae-su, Baddrol Bakhtiar dan Jailton Da Silva.

Namun, kelibat pemain pertahanan berpengaru, Rizal Ghazali tidak kelihatan dalam skuad utama pasukan Sabah FC pada saingan kali ini.

Skuad The Cops yang berjaya menewaskan Selangor FC minggu lalu berjaya meraih gol awal menerusi ledakan penyerang utama, Mohamad Nabil Latpi pada minit ke-26.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan pelawat berusaha untuk bangkit menyamakan kedudukan tetapi skuad kendalian Azzmi Aziz itu dilihat begitu kebal dalam menghalang setiap asakan yang dilakukan.

Malah, penjaga gol PDRM FC, Mohamad Ramdhan turut cemerlang menafikan beberapa percubaan bahaya jentera serangan Sabah dengan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Bandaraya, George Town, pasukan Penang FC gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas terikat seri 1-1 ketika bertemu Kuala Lumpur City (KL City) sebentar tadi.

Gol KL City dijaringkan oleh Kipre Tchetche pada minit ke-7 manakala skuad Harimau Kumbang berjaya menyamakan kedudukan menerusi ledakan Giovani Gomes pada penghujung babak pertama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI