fbpx

New York bandar raya paling mahal untuk ekspatriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGUNAN pencakar langit dirakam di Manhattan, New York. - AFP

LONDON – New York mengatasi Hong Kong sebagai bandar raya paling mahal untuk didiami golongan ekspatriat pada tahun ini yang didorong oleh peningkatan kos sara hidup, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ranking terbaharu itu dikeluarkan syarikat penyedia data dan rundingan yang berpangkalan di London, ECA International. Ia menyaksikan Hong Kong berada di tempat kedua selepas mendahului senarai tahun lepas.

Kajian berkenaan memberi fokus kepada kos golongan ekspatriat dengan mengambil kira perbelanjaan asas seperti kos sewa rumah dan harga barangan utama seperti makanan.

Hasilnya mendapati, New York adalah lokasi paling mahal untuk didiami golongan tersebut selepas berbulan-bulan Amerika Syarikat (AS) mencatatkan lonjakan inflasi serta kadar sewa melebihi purata.

“Kaji selidik kami membandingkan peruntukan untuk barangan dan perkhidmatan utama pengguna di 500 lokasi seluruh dunia seperti kopi, gula dan telur.

“Ia turut membandingkan kos sewa di kawasan yang kebiasaannya didiami oleh kakitangan ekspatriat di lebih 430 lokasi seluruh dunia.

“Berdasarkan laporan terbaharu kami, harga makanan di seluruh dunia meningkat kira-kira 15 peratus secara purata pada tahun lepas, lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya,” kata laporan tersebut.

Ia selain itu meletakkan Geneva di tempat ketiga ranking berkenaan, diikuti oleh London, Singapura, Zurich, San Francisco, Tel Aviv, Seoul dan Tokyo dalam 10 senarai utama.

Kajian itu turut mendedahkan Eropah bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dengan dua pertiga daripada negara-negara benua tersebut menunjukkan peningkatan dalam kedudukan mereka kecuali London.

“London tidak mengalami sebarang perubahan dalam ranking global yang disebabkan oleh kelemahan mata wang pound sterling, sekali gus lebih murah untuk warga asing pergi ke bandar raya itu,” kata Ketua Pengeluaran ECA International, Steven Kilfedder. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI