fbpx

Mahkamah: Pengurus stor didakwa amang seksual fizikal remaja perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yi Ziang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pengurus stor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berusia 13 tahun 11 bulan hampir tiga minggu lalu.

Tertuduh, Pong Yi Ziang, 19, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, Yi Ziang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah bilik hotel di daerah ini pada pukul 9 pagi, 21 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan sebutan semula kes pada 11 Julai depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI