fbpx

Lot parkir ‘dicuri’ orang, lelaki nekad pasang penghadang besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zasu berkali-kaki meminta pemilik itu mengalihkan keretanya. - Khaosod

BEIJING – Seorang lelaki di China nekad mengimpal penghadang besi mengelilingi sebuah kereta selepas pemiliknya meletakkan kenderaan itu di kotak parkir yang disewanya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kejadian itu berlaku di Chaosheng, wilayah Chaozhou selepas lelaki yang dikenali sebagai Zasu itu mendapati tempat letak keretanya digunakan oleh orang lain.

Zasu pada awalnya menghubungi pemilik kereta itu dan memintanya agar mengosongkan kotak parkir tersebut.

Namun, selepas membuat enam panggilan telefon selama dua jam, pemilik kereta berkenaan masih enggan mengalihkan kenderaannya.

Dia bahkan menjawab bahawa ia adalah tempat letak kereta awam dan sesiapa sahaja boleh meletak kenderaan di situ.

Zasu memutuskan untuk melaporkan perkara itu kepada polis tetapi individu tersebut mendakwa dia terlalu mabuk untuk pergi ke situ dan mengalihkan keretanya.

Keesokan harinya, Zasu tidak dapat menahan kekecewaannya lalu mengarahkan pekerja memasang penghadang besi di sekeliling kereta itu.

Menerusi tindakan itu, Zasu berharap dapat meluahkan rasa tidak puas hatinya dan memaksa individu tersebut memohon maaf secara terbuka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI