fbpx

Lindungi penyu dari pupus, elak makan telur penyu – KP Perikanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foong Hin ditemani Adnan dan Hairudin melepaskan penyu agar dan karah sempena Program Sambutan Hari Laut Sedunia 2023 bertemakan ‘Satu Lautan, Satu Iklim, Satu Masa Depan - Bersama’ di Pantai Tanjung Biru, di sini, hari ini.- Foto NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

PORT DICKSON – Jabatan Perikanan menasihatkan orang ramai untuk menghentikan tabiat memakan telur penyu kerana tindakan itu hanya akan menyebabkan haiwan berkenaan diancam kepupusan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Adnan Hussain berkata, di bawah peraturan membabitkan penyu yang di buat di negeri-negeri juga, tindakan mana-mana individu mengutip telur penyu tanpa kelulusan pihak berkuasa negeri juga merupakan satu kesalahan.

“Malah di negeri Terengganu (sebelum ini) hanya penyu belimbing sahaja tak boleh dikutip tapi sekarang ini enakmen ini telah dipinda dengan semua spesies telur penyu dilindungi di negeri berkenaan.

“Kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil telur penyu untuk dimakan kerana penyu ini haiwan pra sejarah yang amat unik, kita makan telur penyu pun dari segi kahsiat tak pasti sejauh mana kebaikannya.

“Lindungi penyu ni bagi tarikan kepada rakyat supaya generasi akan datang dapat lihat penyu di perairan negara kita sendiri,” katanya sempena Program Sambutan Hari Laut Sedunia 2023 bertemakan ‘Satu Lautan, Satu Iklim, Satu Masa Depan – Bersama’ di Pantai Tanjung Biru, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tun Hairudin Abu Bakar.

Pada program berkenaan, sebanyak lima ekor penyu dewasa iaitu penyu karah dan agar berusia dua hingga empat tahun dilepaskan ke dalam laut.

Jelas Adnan lagi, Tanjung Tuan merupakan lokasi yang sangat unik kerana perairan berkenaan merupakan kawasan pendaratan dua spesies penyu yang utama iaitu penyu karah dan penyu agar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI