fbpx

Lelaki dipecat kerana kerap ke tandas ketika bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang mengalami kesakitan dan ketidakselesaan selepas pembedahan anorektal. - Tom Rogerson/Unsplash

BEIJING – Seorang lelaki di China dipecat oleh majikannya kerana terlalu banyak menghabiskan masa di dalam tandas pada waktu bekerja, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Media China baru-baru ini melaporkan satu kes pelik di mana seorang pekerja bernama Wang menyaman majikannya atas alasan dia diberhentikan kerja secara salah.

Selepas menjalani pembedahan berkaitan masalah anorektal (dubur), Wang terpaksa berulang-alik ke tandas selama beberapa jam setiap hari kerana mengalami kesakitan dan ketidakselesaan.

Bekas majikannya berkata, dalam tempoh 10 hari, Wang telah meminta izin untuk ke tandas sebanyak 22 kali dan berada di sana antara 47 minit hingga enam jam.

Dengan memetik buku peraturan kakitangan berkaitan kelewatan, meninggalkan kerja awal dan ketidakhadiran yang dibenarkan, syarikat dari Tianjin itu memberhentikan Wang.

Kedua-dua pihak terlibat dalam pertikaian undang-undang yang panjang sebelum akhirnya selesai pada tahun ini.

Mahkamah Tinggi Tianjin memutuskan bahawa tindakan Wang yang kerap ke tandas adalah tidak munasabah dan tidak memenuhi keperluan fisiologi biasa, justeru dia gagal mendapatkan semula pekerjaannya itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI