fbpx

KPM, KPT kerjasama atasi isu lambakan graduan perguruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (empat kiri) bergambar bersama pelajar ketika melakukan tinjauan sempena pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2022 di SMK Sultan Abdul Aziz Shah (Integrasi). -Foto FARIZ RUSADIO/KOSMO!

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan perbincangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai isu lambakan graduan perguruan di negara ini telah pun dilakukan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia merupakan perbincangan yang progresif dan tindakan yang lebih proaktif akan dibuat.

“Memang sudah ada perbincangan dan kita nak buat tindakan yang lebih proaktif dari segi perkongsian data.

“Ia supaya unjuran itu lebih terancang sebab misalnya kami di KPM uruskan Institut Pendidikan Guru (IPG) jadi KPT ada graduan pendidikan yang lain jadi unjuran dan berkongsi data ini penting.

“Inisiatif ini yang sedang kita dokong dan sokong untuk pastikan graduan pendidikan tempatan ini tidak lagi menjadi isu.

Paling penting isu kualiti guru yang kita komited dan pentingkan tidak kira di peringkat KPM atau KPT,” katanya ketika mengadakan sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz Shah (Integrasi), sempena pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022, di sini.

Sebelumnya, KPT memaklumkan akan bekerjasama rapat dengan KPM bagi mengatasi isu lambakan graduan perguruan di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dilaporkan berkata, amat penting bagi KPT untuk mengetahui unjuran keperluan guru yang hanya boleh diberikan KPM.

Ia perlu kerana menurutnya, keperluan guru bukan saja dalam kerajaan tetapi juga diperlukan dalam sektor swasta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI