PETALING JAYA – Akaun media sosial pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang membuat jenaka keterlaluan dalam sebuah pementasan komedi berdiri baru-baru ini sudah digantung.
Tinjauan Kosmo! mendapati, akaun Instagram, serta dua akaun Twitter milik Jocelyn kini tidak lagi wujud selepas video pementasan komedi wanita itu tular semalam.
Terdahulu, Jocelyn bertindak menutup ruangan komen apabila Instagramnya diserang pengguna media sosial gara-gara jenaka sensitif dan keterlaluan yang dibuatnya berkenaan Malaysia.
Dalam video yang bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ itu, Jocelyn telah membuat beberapa jenaka keterlaluan, salah satunya mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ dengan mimik muka mengejek. – KOSMO! ONLINE