fbpx

Guna YouTube, ‘self reward’ rahsia cemerlang SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Sweet Ann, bersama ibunya dalam sesi bergambar.

KAJANG – YouTube dijadikan rujukan dan kaedah ‘self reward’ sebagai pembakar semangat, menjadi rahsia dua pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Yu Hua di sini, Lim Sweet Ann, 18, yang memperoleh 10A+ berkata, dia menggunakan YouTube sebagai kaedah dalam menambah ilmu pengetahuan selain pembelajaran formal di sekolah.

“Kebanyakan ilmu yang saya pelajari daripada YouTube. Saya juga tidak menghadiri mana-mana kelas tambahan. Semuanya sendiri kerana ia lebih santai dan tidak tertekan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Seorang lagi, Nadira Norzalahuddin, 18, memberitahu, dia yang merupakan satu-satunya pelajar berbangsa Melayu di sekolah tersebut berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 7A+.

Nadira Norzalahuddin menunjukkan keputusan cemerlang, dan merupakan satu satunya pelajar berbangsa melayu yang mencatatkan 7A+ dalam SPM.

“Saya sentiasa mengamalkan konsep belajar secara konsisten. Saya juga turut mengamalkan kaedah ‘reward system’ untuk tambah semangat belajar saya.

“Sebagai seorang berbangsa Melayu, agak sukar untuk dirinya menguasai bahasa Mandarin. Apabila belajar di sekolah berlainan bangsa, mahu tidak mahu, kita kena usaha juga belajar memahami bahasa Mandarin,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI