PETALING JAYA – Founder Misi yang terkenal dengan kutipan awam bagi menjayakan misi bantuan sekali lagi ‘diseru’ orang ramai supaya menjayakan bantuan untuk seorang lagi kanak-kanak yang penghidap epilepsi (sawan).
Menerusi video di TikTok ibu kanak-kanak itu, Chentaharis, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengubati anaknya yang dipanggil Aqil itu namun terpaksa dihentikan ekoran masalah kewangan.
“Tak sanggup tengok Adek (Aqil) keadaan macam ni Ya Allah. Mama tak dapat nak bawa Adek berubat mcm orang lain, tempat-tempat saraf semua.
“Mama terpaksa hentikan sebab masalah kewangan dah bermacam ubat-ubatan dah.
“Adek hanya dapat bertahan. Ya Allah, kurniakan seorang insan yang boleh membantu Aqil,” tulisnya pada kapsyen video yang dikongsikan itu.
Orang ramai yang mononton video tersebut tidak putus-putus mendoakan agar Aqil segera sembuh, malah Founder Misi juga antara yang disebut-sebut untuk tampil membantu.
“Allahuakbar, tak sanggup tengok. Moga keluarga adik tabah ya,” komen seorang pengguna.
“Ya Allah, mudahkan segala urusan keluarga adik ni untuk perubatan,” ujar Mohd Rafee.
“@Founder Misi harap tuan dapat membantu,” pinta @IzuwanAinan pula. – KOSMO! ONLINE
@chentaharis #fypdongggggggg #epilepsyawareness #fypシ゚viral #fypシ゚viral ♬ original sound – chentaharis