PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) apabila jendela perpindahan dibuka bulan depan.
Kehadiran Falco telah dikongsikan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagramnya sekaligus memberi ‘bayangan’ bahawa pemain berusia 37 tahun itu akan menyarung jersi Harimau Selatan nanti.
Menerusi hantaran Instagram tersebut, Tunkul Ismai yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah menerima jersi pasukan Colombia sambil ditandatangani oleh Falcao.
“El Tigre (Falcao) In the house (berada di sini),” tulis Tunku Ismail menerusi hantaran yang dimuat naik malam tadi.
Sebagai rekod, media daripada Sepanyol awal tahun ini mendedahkan Tunku Ismail berusaha untuk mendapatkan khidmat Falcao selepas kontraknya bersama kelab La Liga, Rayo Vallecano dijangka berakhir pada penghujung bukan ini. – KOSMO! ONLINE