fbpx

EPL: Postecoglou dilantik kemudi Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTECOGLOU dilantik sebagai pengurus baharu Spurs selepas menandatangani kontrak selama empat tahun. – AFP

LONDON – Bekas jurulatih Cel­tic, Ange Postecoglou akan menjejakkan kaki ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sah dilantik sebagai pengurus baharu Tottenham Hotspur dengan kontrak selama empat tahun.

Melalui pelantikan tersebut, beliau turut melakar sejarah tersendiri apabila menjadi jurulatih kelahiran Australia pertama yang akan membimbing pasukan dalam liga terbaik dunia itu.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy percaya Postecoglou adalah individu tepat bagi membawa pasukan itu kembali ke landasan sebenar selepas mereka gagal melayakkan diri untuk beraksi dalam kancah bola sepak Eropah musim depan.

“Ange (Postecoglou) akan membawa masuk mentaliti positif ke dalam pasukan selain mampu menerapkan corak permainan menyerang serta pantas. Beliau juga memiliki rekod cukup baik dalam membangunkan pemain terutama pemain-pemain muda.

“Saya percaya beliau sangat memahami mengenai kepen­tingan hubungan kelab dengan akademi. Kami sangat gembira menyambut kedatangan beliau dan bersedia untuk menghadapi saingan musim depan,” katanya.

Untuk rekod, Postecoglou yang juga bekas pemain antarabangsa Australia memiliki pencapaian cukup baik bersama Celtic apabila membimbing pasukan itu meraih gelaran trebel domestik musim ini.

Bagaimanapun, beliau dijang­ka berdepan tugas sukar bagi menamatkan kemarau kejuaraan 15 tahun yang dihadapi Spurs memandangkan beberapa nama besar sebelum ini seperti Antonio Conte dan Jose Mourinho gagal melakukannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI