fbpx

Empat remaja pukul gelandangan didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut.

KLANG – Empat remaja lelaki yang tular memukul gelandangan menggunakan besi pemukul besbol sebelum ini akan didakwa di Mahkamah Klang, esok.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pendakwaan itu melibatkan kesemua suspek berusia 16 dan 19 tahun.

“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Klang untuk pertuduhan esok,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan perbuatan empat lelaki memukul gelandangan tular menerusi penyebaran dua buah video di laman media sosial.

Hasil siasatan awal polis mendapati terdapat tiga kejadian melibatkan tiga mangsa berbeza iaitu gelandangan sekitar jambatan pelabuhan Klang dan berhampiran sebuah pasar raya di Lebuh Beringin di sini.

Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI