fbpx

Beli kereta tidak wujud, wanita rugi lebih RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGAN SERAI – Seorang wanita kerugian wang sebanyak RM132,860 setelah terpedaya membuat pembelian sebuah kereta terpakai yang tidak wujud menerusi halaman Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa telah melihat paparan iklan penjualan kereta terpakai di platform media sosial itu dan berminat untuk membelinya lalu menghubungi pemuat naik iklan tersebut.

“Suspek (penjual kereta) telah menghubungi mangsa melalui talian aplikasi WhatsApp dan memperkenalkan diri termasuk menghantar gambar kad pengenalannya untuk meyakinkan mangsa.

“Mangsa telah diminta untuk membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian ke akaun bank yang telah diberikan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd. Yusri, suspek turut menyatakan bahawa mangsa tidak boleh membatalkan pembelian atas alasan insuran telah didaftarkan atas namanya dan sekiranya berlaku apa-apa, mangsa akan dipertanggungjawabkan.

“Disebabkan itu, mangsa telah membuat pembayaran melibatkan enam akaun bank dengan 25 kali transaksi melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM132,860.

“Mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya setelah kehabisan wang dan ingin membuat pinjaman dengan rakannya yang kemudian memberitahu kepada bapa mangsa,” katanya.

Tambahnya, bapa mangsa telah membawa anaknya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI