MACAM baru semalam Mizz Lahar ikuti sidang media tergempar Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim berikutan pemecatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Anaknya yang juga pelakon, Anzalna Nasir dilihat antara individu penting di sisi bapanya itu apabila memberikan sokongan moral berhadapan situasi mengejutkan tersebut.
Kata Anzalna, bapanya itu seorang yang sangat komited untuk memartabatkan industri filem tempatan sejak mula bertugas Oktober 2021.
“Bangga sebagai anak. Abah amat prihatin soal pembangunan industri filem tempatan. Kerja tidak mengira waktu. Ramai yang memuji abah tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi abah ketika ini,” katanya.
MIZZ LAHAR: Siapakah yang bakal duduk di kerusi panas itu? Tunggu!