fbpx

Anggota tentera didenda RM600 tumbuk muka individu ganggu isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Majistret Tampin

TAMPIN – Seorang anggota tentera berpangkat Koperal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tampin, di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang lelaki yang juga anggota tentera, Februari lalu.

Tertuduh, Muhamad Fadzrul Nizam Saadon, 28, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM600 dan memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, pada 13 Februari kira-kira pukul 1.30 tengah hari di Markas 105, Kompeni KPTD, Kem Syed Siranuddin Gemas dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan ke atas seorang tentera berusia 35 tahun.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, hasil siasatan pada tarikh, waktu dan lokasi yang sama, pengadu telah dipanggil oleh pegawai atasannya untuk berjumpa dengan tertuduh bagi berbincang dakwaan isteri tertuduh diganggu oleh pengadu.

Semasa perjumpaan dengan tertuduh itu, tertuduh marah dan hilang pertimbangan telah menumbuk pengadu di bahagian muka.

Kejadian itu disaksikan oleh rakan tertuduh dan anggota Markas 105 Kompeni KPTD.

Pada keesokan harinya iaitu pada 14 Februari, kira-kira pukul 12.30 tengah hari, pengadu telah membuat rawatan di Hospital Tentera Darat di Kem Syed Sirajuddin dan doktor mengesahkan terdapat kesan lebam di muka pengadu.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI