fbpx

Amir Shafiq diburu polis didakwa belasah bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kecederaan yang dialami bayi perempuan berusia satu tahun yang didera suspek di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rajang, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Hanya kerana anak teman wanitanya membuat bising, seorang pempromosi acara sanggup mendera bayi berkenaan sehingga memerlukan rawatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rajang, Setapak, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju, Deputi Superintendan Saralathan Duraisamy berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kes penderaan seorang bayi perempuan warga tempatan berusia satu tahun sekitar pukul 5.05 petang.

Menurutnya, hasil maklumat awal mendapati suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan telah mendera mangsa seorang bayi perempuan dan melarikan diri sebelum ketibaan pihak polis di lokasi kejadian.

“Teman lelaki kepada ibu mangsa itu dikatakan telah mendera mangsa di lokasi kejadian yang merupakan tempat tinggal suspek bersama ibu mangsa.

“Setelah selesai memukul mangsa, suspek bertindak menghantar mangsa ke rumah keluarga ibu mangsa di Jalan Rejang, Taman Setapak Jaya, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amir Shafiq Suhaimi

Saralathan memberitahu, mangsa yang mengalami bengkak pada bibir, lebam pada kedua-dua mata serta bahagian belakang badan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, Saralathan memaklumkan, ini bukan kali pertama suspek memukul bayi terbabit tetapi kali ini melampaui batas.

Justeru itu, pihak polis masih mempergiatkan usaha memburu suspek, Amir Shafiq Suhaimi, 31 tahun dan kes masih dalam siasatan pihak polis.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI