fbpx

Ais Lautan Artik diramal cair pada 2030-an

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bongkah ais terapung di Teluk Baffin, Lautan Artik di Greenland pada 20 Julai 2022. - AFP

SEOUL – Saintis-saintis memberi amaran bahawa ais di Lautan Artik akan mencair sepenuhnya ketika musim panas kira-kira sedekad lebih awal berbanding jangkaan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Jurnal Nature Communication menerbitkan satu kajian kelmarin yang meramalkan fenomena itu akan berlaku pada September 2030-an.

Menurut penyelidik, meskipun dalam situasi pemanasan Bumi berkurangan dengan ketara, dataran ais tersebut tetap diramal hilang pada musim panas menjelang 2050-an.

Perubahan dalam tempoh dari 1979 hingga 2019 telah dianalisis oleh penyelidik dengan membandingkan data satelit dan model iklim yang berbeza untuk memahami bagaimana ais di Lautan Artik berubah.

Dataran ais itu semakin berkurangan sebahagian besarnya berpunca daripada pencemaran yang disebabkan oleh manusia, pemanasan planet dan trend pencairan yang dipandang remeh oleh model sebelumnya.

“Kami terkejut apabila mendapati Lautan Artik akan kehilangan ais pada musim panas tanpa mengira usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon,” kata pengarang utama kajian dan profesor di Universiti Sains dan Teknologi Pohang di Korea Selatan, Min Seung-ki.

Tambahnya, semasa musim sejuk, ais di Lautan Artik terkumpul dan mencair semula pada musim panas. Ia akan mencapai paras terendah pada bulan September sebelum kitaran bermula semula.

“Apabila musim panas, Artik menjadi bebas ais dan pembentukan ais laut pada musim sejuk akan menjadi lebih perlahan,” kata Seung-ki. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI