fbpx

Abang sado jual durian buka baju untuk tarik pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA gambar Amir Syarifuddin ketika berniaga durian yang tular dan menjadi perhatian di media sosial. – IHSAN FB

KUALA NERUS – Pelbagai cara dan kaedah digunakan oleh peniaga untuk menarik perhatian pelanggan bagi memastikan produk yang dijual laku dan menerima tempahan yang banyak.

Terbaharu, gelagat seorang lelaki bertubuh sasa yang kerap tidak berbaju sewaktu menjual durian di sini mula mencuri perhatian ramai sejak beberapa hari lalu.

Gerai durian peniaga ber­kenaan yang terletak di Kampung Baru Seberang Takir berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini, bukan sahaja sering dipenuhi dengan pelanggan, malah video dan gambarnya ketika berniaga turut ditularkan di media sosial.

Peniaga terbabit, Amir Syarifuddin Suhaimi, 34, berkata, dia tidak berniat membuat gimik apatah lagi mencari publisiti murahan apabila berniaga tanpa memakai baju.

“Saya tiada niat menunjukkan badan yang sasa dengan niat untuk melariskan jualan durian.

“Memang tabiat saya berniaga tanpa berbaju sejak kecil. Keluarga saya merupakan peniaga ke­ropok di Pasar Besar Kedai Pa­yang, Kuala Terengganu,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Amir Syarifuddin berkata, dia sedar gambar dan videonya berniaga tanpa baju yang tular menerima reaksi pelbagai daripada netizen, malah tidak kurang yang mengecamnya.

Begitupun, dia yang berstatus duda dan merupakan ahli bina badan tidak pernah berkecil hati dan menerima kecaman itu de­ngan hati terbuka.

“Saya sudah lali dengan pelbagai kerenah pelanggan kerana te­lah biasa membantu keluarga berniaga sejak kecil.

“Apapun, saya ambil ikhtibar dan berjanji akan lebih berhati-hati sewaktu berniaga selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Amir Syarifuddin menjelaskan dia memang aktif dalam sukan bina badan.

Bapa kepada tiga anak tersebut memberitahu pernah memenangi pelbagai pertandingan dan memegang gelaran Mr. Body Cantik selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI