fbpx

Terkedu adik maut kemalangan, ibu bapa terlantar di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa lokasi kemalangan yang mengorbankan Muhammad Araf Farhin di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas akibat kemalangan terkedu apabila mangsa terlibat rupa-rupanya adik kandungnya sendiri.

Muhammad Hairie Fitri Mohd. Husaini, 20, berkata, dia hiba apabila mengetahui mayat yang ditutup dengan kain putih di tengah jalan tersebut merupakan adik lelakinya, Muhammad Araf Farhin, 16.

Menceritakan semula kejadian tersebut, dia berkata, pada ketika itu, dia yang sedang memandu kereta tersangkut dalam kesesakan di Jalan Sultan Mahmud di sini pada pukul 12.50 tengah malam hari ini.

“Saya yang baru pulang dari tempat kerja di Lembah Bidong, Setiu dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menziarah ibu dan ayah di dalam wad.

“Ibu saya sedang menerima rawatan kanser usus manakala ayah pula baru menjalani pembedahan memotong kaki akibat komplikasi diabetes,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Hairie Fitri berkata, sewaktu hampir tiba di lokasi kemalangan, dia menerima panggilan daripada salah seorang kawannya yang memaklumkan kemalangan maut menimpa Muhammad Araf Farhin.

Tambahnya, dia terus berhenti di tepi jalan untuk memeriksa mayat tersebut bagi membuat pengesahan.

“Hancur hati saya, memang sah adik saya (Muhammad Araf Farhin) yang menjadi korban.

“Dugaan sangat besar buat keluarga kami sewaktu orang tua juga sedang diduga masalah kesihatan,” katanya.

Muhammad Hairie Fitri berkata, dia difahamkan sebelum kemalangan, arwah adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Panji Alam di sini setelah bermain futsal bersama rakan-rakannya.

Dia berkata, motosikal dinaiki Muhammad Araf Farhin dikatakan gagal mengelak lalu merempuh belakang sebuah kenderaan utiliti sukan.

Mayat Muhammad Araf Farhin yang merupakan pelatih Giat Mara Hulu Terengganu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI