fbpx

Rider diburu belasah lelaki sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dikehendaki polis dalam kes bunuh di Taman Sentosa Utama, Klang

KLANG – Seorang lelaki diburu selepas terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki di sebuah di Taman Sentosa Utama, di sini, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek dikenali B. Perkas Rao @ Rider, 41, yang merupakan warga tempatan dan masih bebas.

Katanya, suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau dan dua rekod dadah.

“Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 34 tahun telah dipukul suspek dan mempunyai 27 kesan kecederaan pada seluruh badan serta patah tulang kaki kiri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Hoong Fong menjelaskan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI