fbpx

PRN: Jentera Pas Perak tumpu Selangor, Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

IPOH – Pas Perak bersedia mengerahkan jenteranya bagi membantu Perikatan Nasional (PN) di Selangor dan Pulau Pinang bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria berkata, dua negeri tersebut menjadi tumpuan Pas Perak memandangkan keputusan yang bakal dilakar di sana akan memberi impak kepada Perak.

“Pada 24 Jun hadapan kami akan melancarkan jentera pilihan raya GTS-GTP (Gerak Tumpu Selangor-Gerak Tumpu Pulau Pinang) di Tanjung Malim.

“Ada 24 kawasan (terlibat PRN) di Selangor dan Pulau Pinang, jadi jentera ini akan membantu di 12 kawasan masing-masing di negeri-negeri berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PRN yang bakal berlangsung tersebut melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Media sebelum ini turut melaporkan PN telah selesai bermesyuarat berkaitan pembahagian kerusi dipertandingkan pada PRN antara parti komponennya biarpun wujud beberapa pertindihan di beberapa kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI