fbpx

Pendaki jatuh tebing ditanduk kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kambing jantan menjadi agresif apabila kambing betina bersalin pada bulan Mei. - Getty Images

MADRID, Sepanyol – Seorang pendaki wanita nyaris maut selepas seekor kambing bertukar menjadi agresif lalu menyerang dia dan dua rakannya ketika mereka melintasi Bukit Alpujarra di selatan Sepanyol, lapor akhbar New York Post semalam.

Wanita berusia 64 tahun dari Belgium itu diserang seekor kambing Iberian ibex lalu terjatuh dari tebing pada ketinggian 19.8 meter, lapor laman berita Murcia Today.

Mangsa bernasib baik apabila kejadian itu tidak membawa maut. Dia mendarat di kawasan yang lebih selamat dari lokasi haiwan itu berada.

Bagaimanapun, kedua-dua pergelangan tangannya dilaporkan patah.

Sementara itu, dua rakan mangsa cedera parah dengan salah seorang daripada mereka tidak sedarkan diri.

Mereka juga bernasib baik apabila kejadian itu disaksikan oleh seorang pengembala yang kemudiannya menghubungi Kumpulan Penyelamat dan Intervensi Gunung.

Jurucakap kumpulan itu berkata, ia boleh dianggap satu keajaiban apabila wanita itu terselamat selepas terjatuh dari tebing.

Pakar membuat hipotesis bahawa sifat agresif kambing betina yang kebiasaannya melahirkan pada bulan Mei mendorong spesis jantan menjadi sangat agresif dan menjaga kawasannya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI