fbpx

Pasangan buta terharu jadi tetamu Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Bukhari (depan, kiri) dan Siti Aidah (depan, kanan) bersama pengiring, Hairol Pa Ize (belakang, kiri) ketika ditemui di Abraj Al-Janadriyah, Mekah baru-baru ini.

MEKAH – Pasangan cacat penglihatan bersyukur apabila hajat mereka untuk dipilih sebagai dhuyufurrahman (tetamu Allah) menjadi kenyataan walaupun berdepan pelbagai ujian dan dugaan di Tanah Suci terutama ketika melaksanakan umrah pertama.

Pesara Telekom Malaysia, Muhammad Bukhari Zakaria, 64, berkata, dia teruja apabila menerima surat tawaran sebelum isterinya, Siti Aidah Mustapha, 52, membuat rayuan untuk mengerjakan haji bersamanya.

Katanya, dia bernasib baik apabila dibantu oleh petugas Tabung Haji (TH), rakan sebilik dan jemaah lain.

“Alhamdulillah, dari Movenpick di Sepang, Selangor hingga ke Abraj Al-Janadriyah di sini semuanya dipermudahkan walaupun ada sedikit dugaan. Lebih membahagiakan kami apabila berjaya menyelesaikan umrah pertama.

“Ketika di Madinah pula, kami berpeluang masuk ke raudah sebanyak tiga kali dan situ saya berdoa banyak-banyak agar kembara rohani kami dipermudahkan dan diterima,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Muhammad Bukhari yang pernah ke Mekah pada 2009 memberitahu, rakan sebiliknya, Hairol Pa Ize Aziz, 42, menjadi pemandu arah ketika tawaf dan saie selain memberitahunya apabila tiba di tempat penting seperti hajar aswad, lampu hijau, rukun Yamani dan lain-lain.

Warga emas berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu memberitahu, dia mengalami masalah rabun sejak kecil dan mula tidak nampak sepenuhnya sejak tahun lalu.

“Pengalaman masa mengerjakan umrah digunakan dan saya masih ingat lagi bagaimana kedudukan Kaabah, Masjidilharam dan kedai-kedai di sekitarnya,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Siti Aidah memberitahu, mereka tiada masalah bersesak dan bergegas kerana sudah biasa menggunakan Transit Aliran Ringan di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI