fbpx

Kecoh berita Agnez Mo mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AGNEZ MO

DUNIA hiburan Indonesia tiba-tiba digemparkan dengan berita tentang penyanyi kebanggaan mereka, Agnez Mo meninggal dunia di Amerika Syarikat (AS).

Berita itu disebarkan sebuah akaun YouTube yang menampilkan suasana di sebuah rumah yang didakwa menempatkan mayat penyanyi itu.

Bukan sahaja dalam YouTube, isu itu juga pantas disebarkan sebuah akaun Facebook sejak 18 Mei lalu.

Laman sosial penyanyi itu yang tidak dikemas kini turut mencemaskan para peminatnya yang ingin mengetahui hal sebenar.

Bagaimanapun, menerusi satu laman web berkaitan berita palsu di Indonesia menjelaskan bahawa informasi itu tidak tepat.

Mangsa sebenar yang meninggal dunia akibat dibunuh di AS itu merupakan seorang wanita yang mempunyai nama gelaran Agnes Mo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI