fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Johor pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Johor sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, ramalan cuaca buruk di negeri itu melibatkan tiga daerah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Muar, Batu Pahat dan Pontian,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasan tersebut sepanjang tempoh sama susulan cuaca buruk yang diramalkan.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI