PETALING JAYA – Hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lapan negeri sehingga pukul 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak adalah antara negeri yang terlibat.
“Hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) manakala Pulau Pinang melibatkan seluruh kawasan.
“Sementara itu turut terlibat, Terengganu (Besut dan Setiu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jempol), Johor (Mersing).
“Di Sabah pula, cuaca sama diramal berlaku di Pedalaman (Sipitang, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Ranau),” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE