fbpx

Cha Eun-woo, Sanha lawat memorial Moonbin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOONBIN (tengah) meninggal dunia pada April lalu.

KEHILANGAN Moonbin pada April lalu benar-benar meninggalkan mendalam kumpulan Astro. Dek rindu yang masih berbekas , dua anggota kumpulan berkenaan, Cha Eun-woo dan Sanha meluangkan masa melawat pusat peringatan Moonbin.

Perkara tersebut dikongsikan dalam Instagram Eun-woo menunjukkan beberapa keping foto dan video tanpa sebarang kapsyen, namun itu sudah mencetuskan rasa sayu.

Dalam perkongsian tersebut mereka turut merakamkan pemandangan Seoul di lokasi berhampiran kubu Namhanseong.

Tempat tersebut mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana di situlah terletak Gukcheongsa iaitu sebuah kuil Buddha yang menjadi memorial peringatan buat Moobin.

Sebelum ini, pihak pengurusan Astro, Fantagio mengeluarkan kenyataan memaklumkan pemindahan peringatan Moobin ke Gukcheongsa, sebuah kuil Buddha yang terletak di wilayah Gyeonggi.

Pemindahan tersebut secara tidak langsung memudahkan peminat melawat memorial peringatan Moobin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI