fbpx

Bot pukat jerut langgar syarat lesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOT pukat jerut ditahan kerana menangkap ikan kurang lima batu nautika dari kawasan Pulau Tukun Terindak, dekat Lumut semalam.

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B sekitar perairan Pulau Tukun Terindak, dekat sini, selepas didapati menangkap ikan di zon larangan semalam.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, tangkapan itu dibuat oleh pasukan bot peronda semasa melaksanakan rondaan rutin Op Sayong, Op Pintas dan Op Tiris di lokasi kurang satu batu nautika barat laut pulau tersebut kira-kira pukul 10 malam.

“Hasil pemeriksaan pasukan operasi mendapati bot yang dikendalikan 14 kru termasuk tekong warga tempatan dan seorang kru warga Thailand berumur antara 18 hingga 64 tahun itu disyaki melakukan aktiviti perikanan pukat jerut kurang dari lima batu nautika dari Pulau Tukun Terindak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, bot tersebut serta kesemua kru serta hasil perikanan ditahan dan dibawa ke Jeti Polis Marin, Kampung Acheh, Sitiawan, sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk siasatan lanjut.

Tegas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti perikanan di lokasi kurang lima batu nautika dari darat seperti yang dibenarkan.

Jelasnya, sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim Kebangsaan (HKKM), APMM menyeru agar seluruh komuniti maritim sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, peka terhadap kepentingan keselamatan semasa di laut serta cakna dengan ramalan cuaca. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI