fbpx

Bomba temui mayat wanita, lelaki di Tasik Metropolitan Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mayat yang ditemui terapung di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menemui dua mayat, seorang lelaki dan seorang wanita terapung di Tasik Metropolitan Kepong, di sini, hari ini

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada pukul 10.21 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, seramai 14 anggota serta tiga jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian susulan panggilan kecemasan itu.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati terdapat dua mayat membabitkan seorang lelaki serta seorang wanita berada di dalam tasik tersebut.

“Mangsa wanita tempatan berusia 30 tahun ditemui terapung manakala mangsa lelaki tempatan berusia 72 tahun ditemui tenggelam di dalam tasik sebelum berjaya dibawa naik ke darat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kesemua mayat yang ditemui diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI