fbpx

Barang kes jenayah RM375,166 dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHMAT (dua dari kanan) menunjukkan barang kes yang dilupuskan pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, Johor hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri hari ini melupuskan ribuan barang kes yang dirampas sejak 2012 sehingga Mac lalu yang dianggarkan berjumlah RM375,166.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pelupusan barang kes itu melibatkan empat kategori barang kes iaitu mesin bitcoin, rampasan penyeludupan, barang judi dan barang am.

Beliau berkata, kes barang kes yang dilupuskan itu membabitkan 166 kertas siasatan yang telah selesai dan mendapat arahan daripada mahkamah untuk dilupuskan.

“Bagi pelupusan barang kes am, ia melibatkan 27 kertas siasatan merangkumi barang seperti sampel kimia, sampel forensik, senjata tajam, telefon bimbit serta pelbagai jenis barang lain dengan nilai anggaran keseluruhan RM1,720.

“Kita turut melupuskan ratusan mesin yang digunakan ‘menuai’ bitcoin membabitkan enam kertas siasatan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM163,200,” katanya pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Rahmat berkata, pihaknya turut melupuskan pelbagai barangan seludup seperti minuman keras dan rokok pelbagai jenama hasil rampasan bagi lapan kes yang direkodkan dengan nilai keseluruhan RM106,566.

Tambahnya, pihaknya turut melupuskan pelbagai barangan rampasan kes perjudian seperti komputer, telefon bimbit dan lain-lain barang elektronik melibatkan 125 kertas siasatan yang berjumlah RM103,680. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI