fbpx

776 kes pembakaran terbuka ketika musim panas di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Md. Razali memeriksa kawalan perbarisan anggota Bomba di ibu pejabat JBPM Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Sejumlah 776 kes pembakaran terbuka dicatatkan sepanjang musim panas tahun ini dari April hingga hari ini di sekitar Selangor.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, terdapat peningkatan signifikan dengan hanya 673 kes direkodkan sepanjang tempoh sama pada tahun lalu.

Katanya, kebakaran paling tinggi dicatatkan pada tahun ini adalah lalang dan hutan mencatatkan sebanyak 332 kes dan diikuti kebakaran sampah(243 kes), hutan (127 kes) selain kebun dan ladang pula sebanyak 74 kes.

“Terdapat pihak yang masih melakukan pembakaran terbuka walaupun agensi berkaitan telah menguar-uarkan larangan aktiviti itu ketika musim panas.

“Kami akan terus pemantauan kawasan yang sering berlakunya kebakaran terbuka di negeri ini,” katanya selepas majlis perhimpunan bulan Jun 2023 di ibu pejabat JBPM Selangor, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan kebakaran terbuka yang paling banyak diterima adalah di hutan Kuala Langat dan Johan Setia.

“Berdasarkan siasatan didapati dua lokasi ini mempunyai kawasan pertanian yang dijalankan tanpa kebenaran.

“Kami berharap orang ramai tidak melakukan pembakaran secara terbuka kerana anggota bomba perlu ambil masa panjang untuk memadamkan kebakaran tersebut,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI