fbpx

Kerajaan belanja RM19.8 juta untuk Sukan SEA Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) melaungkan kata-kata semangat bersama atlet para negara yang akan berjuang pada Sukan Para ASEAN di Kemboja.

KUALA LUMPUR – Program Podium yang merupakan persiapan bagi Sukan SEA Kemboja 2023 menelan belanja sebanyak RM19.8 juta.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, perbelanjaan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu membabitkan 34 jenis sukan.

Menurut beliau, peruntukan berkenaan termasuk meliputi perbelanjaan pengurusan atlet berjumlah RM8.2 juta.

“Ia merangkumi elaun latihan bulanan, makanan, penginapan, pengangkutan serta pakaian latihan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) tentang perbelanjaan sepanjang program latihan persediaan atlet sebagai persiapan ke Sukan SEA Kemboja 2023.

Kontinjen Malaysia gagal menepati sasaran 40 pingat emas dan hanya membawa pulang 34 emas pada temasya berkenaan.

Bagaimanapun, Hannah memaklumkan, KBS berjaya menjimatkan kos penyertaan Sukan SEA sebanyak RM1.1 juta.

Jelas beliau, ia ekoran tuan rumah mengumumkan kos penyertaan kontinjen ditanggung sepenuhnya oleh mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI