fbpx

Dua individu guna taktik pukau peniaga di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua individu berkenaan yang hampir pukau peniaga terbabit kali kedua.

PETALING JAYA – Seorang lelaki nyaris dipukau dua individu tidak bertanggungjawab yang datang ke kedainya berpura-pura ingin membeli baju.

Menurut sebuah perkongsian yang dimuat naik Rezqiyusufco Warehouse di akaun TikTok miliknya berkata, individu berkenaan bukan pertama kali hadir ke kedainya.

“Bulan Mac hari itu dua ekor ni dah datang kedai kami. Cubaan nak pukau saya. Ini dia berani datang lagi,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam video yang berdurasi 52 saat itu, peniaga terbabit yang menyedari kehadiran individu terbabit segera ke bahagian belakang untuk mengelak daripada berurusan dengan mereka berdua.

“Perhatikan, dia cuba nak perangkap ‘husband’ dekat tengah-tengah tu. Tapi ‘husband’ cepat-cepat lari ke belakang.

“Modus operandi dia sama. Buat-buat nak tanya pasal barang,” katanya.

Bagaimanapun dua individu terbabit dilihat segera keluar daripada kedai tersebut setelah menyedari peniaga tidak berseorangan di kedai.

Tambahnya, dia menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tindakan dua individu berkenaan.

“Hati-hati semua, dua orang ni dah viral keliling satu Malaysia buat kerja pukau ni. Jangan bagi orang dekat dan sentuh awak semua,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir orang ramai yang mendakwa turut pernah terkena dengan dua individu tersebut.

“Kak kedai dekat mana? Sebab gaya dia macam sama dengan orang yang pukau ibu saya pula,” kata Winter Meow.

“Baru hari itu datang dekat kedai mak aku tanya pasal duit. Katanya nak tengok duit RM50. Lepas itu kami kata sini ‘cashless’ lepastu tunjuk QR. Mereka terus pergi,” ujar Sya.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 100,000 tontonan dan 6,351 tanda suka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI