fbpx

Yayasan Bank Rakyat komited bantu anak-anak autistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Lailatul Shahreen Akashah dan Syed Faizuddin Putra beramah mesra bersama kanak-kanak yang hadir pada majlis perasmian Hub Komuniti @ Perpustakaan PTSFP UniMAP di He & She Cafe, Kampus Alam, Pauh Putra, Arau.

PETALING JAYA – Seramai 10 orang anak-anak autistik menerima surat tawaran perkhidmatan terapi bernilai RM3,500 sempena perasmian Hub Komuniti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, program yang mendapat kerjasama Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), UniMAP itu memberi tumpuan kepada anak autistik dalam kalangan keluarga B40 di sekitar Perlis.

Syaiful berkata, YBR amat menyokong inisiatif pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan golongan autistik ini antara golongan yang mendapat perhatian pihaknya.

“Program ini dilihat dapat mengembangkan potensi serta sebagai platform dalam menggilap keupayaan mereka di masa hadapan.

“Golongan autistik ini mampu bersaing dan bersifat kompetitif sama seperti mereka yang normal jika diberikan pendedahan dan arah yang betul serta memberi kembali khidmat kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini baru-baru ini.

Selain itu katanya, program itu juga menyediakan sokongan kemudahan dan terapi sebagai stimulasi kepada golongan autistik terlibat.

“YBR berharap dengan penganjuran inisiatif seperti ini dapat membantu masyarakat istimewa serta merupakan anjakan paradigma kepada usaha untuk mempelbagai bantuan dan aktiviti kepada yang memerlukan,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu katanya, Pemangku Raja Perlis, Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin merangkap Canselor UniMAP dan Pro Canselor UniMAP, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut
telah mencemar duli hadir ke majlis itu yang bertempat di Kampus Utama UniMAP baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI