fbpx

Tiga remaja dicekup pukul gelandangan dengan pemukul besbol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar berhubung kejadian memukul gelendangan tersebut.

KLANG – Tiga remaja lelaki diberkas bagi membantu siasatan kes tular memukul gelandangan dengan besi pemukul besbol di sekitar kawasan bawah jambatan dan sebuah pasar raya di Pelabuhan Klang, di sini.

Kesemua suspek tempatan berusia 16 tahun itu dicekup di sekitar daerah ini, bermula kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, semakan pihaknya mendapati seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Katanya, polis turut merampas tiga telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Proton Wira bagi tindakan lanjut.

“Mahkamah Majistret Klang membenarkan kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga Rabu ini dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan polis sedang memburu individu yang tular memukul lelaki dipercayai gelandangan dengan besi pemukul besbol susulan penularan dua buah video berkaitannya.

Hoong Fong menjelaskan siasatan awal pihaknya mendapati kes itu melibatkan tiga kejadian dan tiga mangsa berlainan.

Tambahnya, polis kini memburu seorang lagi suspek yang masih bebas selain mengesan semua mangsa terlibat. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI